
|
Tujuan vs Keperluan
12 April 2013 • 2:00 AM • > 0 comments
Malam ini,aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan sunyi.Mencari-cari apakah tujuan aku dihidupkan dimuka bumi.Benarkah aku diciptakan sebagai seorang daie?Lantas diri ini mengeluh sendiri..Huh!Jika benar umat Muhammad itu daie,mgapa masih ramai yang berdiam diri.Mendapatkan nikmat tanpa henti,namun kudratnya tidak digunakan untuk ilahi..Allahurobbi..Nafas dihela perlahan-lahan..Mencari makna disetiap perjalanan..
Hakikatnya,setiap manusia tahu apakah tujuan mereka dihidupkan..Bila ditanya "Kau nak masuk syurga ke neraka?"Pasti jawapan mereka syurga..Apabila ditanya anak2 nakal diluar sana sekalipun,jawapan mereka masih tetap sama.
Kenapa?
Kerana Allah ciptakan manusia punyai fitrah..Fitrah untuk ke syurga..Jadi benarlah matlamat kita mencapai syurgaNya..Tapi...manusia seolah-olah tidak peduli..
**Diri ini masih tertanya-tanya lagi..
Mengapa?
kerana kita dibayangi "tujuan atau keperluan".
Lalu apabila ditanya apakah tujuan kita hidup?Begitu mudah kita jawab,menjadi hamba kepada Tuhan(Allah)..Mudahnya!Tetapi tidak semudah apabila istilah ibadah itu hendak ditulis dalam kehidupan.Sering kali tujuan dibayangi keperluan,hingga alat bertukar menjadi matlamat apabila usaha memburu nikmat melupakan kita kepada Pemberi nikmat..
**Masih muncul persoalan sendiri..
Bagaimana?
Ketahuilah..Tujuan itu pertama dan utama..Keperluan itu hanya perkara kedua yang datang selepasnya..
Tujuan adalah cinta,takut,taat dan brgantung harapan kepada Allah..
Manakala..
Keperluan adalah harta,pakaian,kenderaan,kerja dan segala milik yang wajib dijadikan jalan untuk mencapai tujuan.
Ahh..seringkali aku merasakan kejayaan itu hanya apabila tercapainya keperluan..Padahal hati dan diri masih jauh dengan tuhan..Jiwa masih liar,Nafsu masih buas..Dan tanpa disedari,sering juga keperluan menjadi tujuan..Maka..
"Cinta ALLAH tersisih,takutkan ALLAH terpinggir"
Dan lebih aneh lagi kalau ukuran kejayaan kita telah tertukar apabila tercapainya keperluan bukan tujuan.Terdetik juga,aku lebih berjaya sekiranya aku ada harta,rumah dan kereta yang mewah..Padahal cinta,takut,taat kita pada Allah kian ringan atau mungkin dilupai..Lantas pandai pula syaitan berkias kata,berkilas rasa...katanya kau mencari segala kerana Allah jua..
Jika benar harta dan milikmu kerana Allah jua,bagaimana rasa hatimu ketika mencari atau setelah dimiliki?Apakah segala-galanya diurus dan ditadbir dengan rasa takut,cinta dan mengharap keampunanNYA?
Bagaimana pula dengan solatmu,kian khusyuk?
Bagaimana dengan puasamu,sudah soleh?
Bagaimana dengan hajimu,telah mabrur?
Dan...
Bagaimana dengan mazmumahmu,telah lebur?
Mungkin...
Kamu boleh menipu,wahai diri..
tetapi..
hati kecilmu tidak mampu menipu diri sendiri..
Dialah yang paling terseksa apabila kau mengukur kejayaan berdasarkan keperluan,
bukan tujuan!
Manusia itu permulaan,pertengahan juga pengakhiran dicelahi dengan tangisan..
Itulah tanda kelemahan kita sebagai hambaNya..
Kadang-kadang apa yang tidak disangka, berlaku,apa yang dijangka, tidak terjadi..
Itu menunjukkan ada kuasa disebalik rencana iaitu Rencana ILAHI..
"Orang yang paling kuat ialah orang yang mengaku lemah dihadapan ALLAH"
Tiada lagi ego!
Tiada lagi takbur!
Pasrah,
Menyerahlah...
kita hny milikNYA,
Yang dipinjamkan sementara..
Apabila sampai masa,
Kita akan pergi bersama tujuan buat selama-lamanya...
Labels: E-usrah ? Newer Posts ?
|
![]() ![]() Diriku insan biasa:) Disini tempatku terhenti... Tempat mencurah isi hati... Mungkin celoteh diri... Atau mungkin pengkosian ilahi.. Sebagai seorang daie.. Lantas..Akan kukerah kudrat ini hingga ke saki baki..Kerna perjuangan ku masih tinggi..Mendaki! Hanya menggapai redhamu ilahi..CINTA HAKIKI :) ^.^ SALAM UKHWAH :)
![]()
![]() ![]() Template By: Umi Humaira Big helped: Wana Owner: AfafA.Ahad |