
|
Andai masa belum tiba
06 May 2013 • 12:53 PM • > 0 comments
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku jatuh cinta,
Jangan benarkan aku terleka,
Jauhkan lah aku dari mainan dunia,
Jauhkan aku dari perasaan semata,
Lantas....
Hindarilah aku dari perkara yang kau murkai,
Agar aku dapat terus mnjaga diri...
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..
Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, Maka hilanglah cintaku padanya,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta...
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..
Labels: M-self ? Newer Posts ? Older Posts ?
|
![]() ![]() Diriku insan biasa:) Disini tempatku terhenti... Tempat mencurah isi hati... Mungkin celoteh diri... Atau mungkin pengkosian ilahi.. Sebagai seorang daie.. Lantas..Akan kukerah kudrat ini hingga ke saki baki..Kerna perjuangan ku masih tinggi..Mendaki! Hanya menggapai redhamu ilahi..CINTA HAKIKI :) ^.^ SALAM UKHWAH :)
![]()
![]() ![]() Template By: Umi Humaira Big helped: Wana Owner: AfafA.Ahad |