Jannah.is.mydestination :)
saat hati berbicara mengilhamkan kata-kata
08 June 2013 • 12:12 AM • > 0 comments


-by AfafAAhad/060613/27Rejab/3.40am-

Bismimillahirrahman nirrahim…
SubhanaAllah..cantik alammu pagi ini..sunyi tanpa kata..biar hati ana yang berbicara disaat manusia dibuai lena..Allahurobbi..

lama rasanya tidak digerakkan jari ini untuk terus menulis ap y terbuku didlm hati..
Alhamdulillah.. harini,entah kenapa Allah detikkan ht untuk berkongsi sesuatu luarbiasa yang selalunya muslimah diluar sana cuba larikan diri untuk terus bercerita mengenai isu ini..katanya ”ana taknak lalai kan hati ana apabila memikirkan soal hati apatah lagi soal jodoh2 ni,ana tak cukup amal lagi” Namun mnjadi persoalan dihati ana sendiri,Benarkah kt tidak boleh lansung memikirkannya?Andai masanya tiba seawal tanpa kt minta?kt perlu mengetepikannya?Menolaknya?Bagi ana,kita tidak akn pernah jangka bila masany akn tiba,kerana itu rahsia Allah untuk setiap hambanya..

Namun,apabila dtg seseorg muslimin yang benar2 yakin dgn hatinya,yakin dgn istikharahnya,baik juga agamanya..Disaat ini wahai muslimah,menurut ana..jangan lari dari realiti namun mintalah fatwa hati..Ana teringat kata2 ustazah Fatimah syarha “dosa itu apabila kita terasa was-was dan syak apabila kita melakukannya,manakala kebaikan itu adalah sesuatu yang membuatkan hati kita tenang melakukannya”
Lihatlah kembali situasi anti ketika itu,adakah anti mampu menerimanya selaras dengan syariat agama anti sendiri..

Ingat!apabila kita mahu membina sebuah masjid,kita bukan sekadar memerlukan batu batanya sahaja ttp kita memerlukan kelengkapan yang sempurna untuk mnjadikan masjid itu kukuh agar penghuninya nanti tidak menimpa sebarang musibah disebabkan pembinaan masjid yang tidak utuh..Begitu juga dengan situasi ini,apabila anti yakin anti mahu menerimanya..selain daripada mndapatkan jawapan daripada Allah,anti juga perlu memikirkan kebaikan yang jauh untuk masa akn dtg..Andai baitulmuslim yang mahu  dibina itu sekadar mengelak dan menjaga hawa nafsu,pendapat ana
alasan itu masih tidak kukuh..

Ingat!Anti bukan sahaja memerlukan jasad dan hatinya,tetapi memerlukan kudratnya untuk bersama-sama memperjuangkan agama anti sendiri untuk masa akn dtg..Kerana itulah islam meletakkan garis panduan agar kita memilih yang terbaik..yang mampu membimbing diri kita dalam membina ummah yang baik untuk masa akan datang..Jadi..sebelum membuat keputusan melulu,fikirkanlah terlebih dahulu..agar pilihan kita itu sekufu..kerna kita bukan mahu hidup dengannya dua atau tiga hari,namun sepanjang hayat..

Ingat,jangan hanya ingin mengikut sunnah semata2 tetapi pikirkan lah tanggungjawab yang harus kita pikul dalam mendapatkan keredhaanya driNYA..Andai kita tidak bersedia,tolaklah sidia dengan sebaik-baiknya..Dan bawalah dia untuk lebih dekat dengan penciptaNYA  lantas jangan berikan dia jawapan yang palsu sekadar ingin melepaskan atau untuk mengelak diri semata-mata..


Bagi muslimin..

ana teringat penulisan kawan ana apabila kita tidak mampu melangkah lebih jauh dengan seseorang cukuplah kita cintai sidia dalam diam kerana kita ingin menjaga kesucian hatinya..Namun yang mnjadi persoalan ana sendiri sebagai muslimah,apabila anta benar2 serius untuk mengenali muslimah itu dan ingin pergi lebih jauh dgnnya,mengapa anta membawa dirinya kearah yang dimurkai..Ana teringat kata2 Hilal Asyraf “kita bukan sekadar ingin hidup dengannya, namun ingin membawanya ke syurga”Jika benar matlamat anta ingin membawanya kesyurga,mengapa meringankan perhubungan tanpa mengikut syariat dariNYA..Malah lari daripada kenyataan yang dibenarkan syara’..
Ana teringat dalil yang myatakan :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ
 سَبِيلًا

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32

Malah hadis yang menceritakn mengenai khitbah (bertunang) :

Nabi  pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

Namun hakikatnya,anta sendiri masih ragu dan takut untuk meneruskan hasrat mengikut syara’..Adakah ana boleh melebelkan anta serius?malah benarkah anta  ingin melangkah lebih jauh dalam perhubungan yang ingin anta bina?
Muslimin..lihat kembali hukum bertunang mengikut syara’ dan peraturan2nya..Bertunang bukan bermakna anta perlu membawa keluarga anta berjumpa keluarga muslimah itu sendiri menyatakan hasrat anta ingin berkhawin dengannya dan disertai dengan cincin..ITU ADAT!

Bertunang itu cukup sekadar anta menyatakan hasrat ingin berkhawin dengan muslimah tersebut dan muslimah tersebut bersetuju wlaupun tanpa ibubapa..ketika itu muslimah itu telah menjadi tunangan anta dan haram bagi muslimin lain untuk  merisiknya..dan ketika itu juga wajib bagi muslimah dan anta sendiri menjaga batas2 dalam pertunangan serta batas pergaulan dengan muslimah dan muslimin yang lain..

Namun menyatakan hasrat itu bukanlah satu perkara main2..ianya setelah anta benar2 yakin selaras dengan petunjuk dariNYA..jika anta tidak menyatakan hasrat dengan lebih jelas,sudah cukup ana melebelkan anta masih tidak serius dengannya dan hanya sekadar berdolak dalih menghalalkan hubungan yang tidak pasti malah ianya tidak mengikut syara’..
Namun anta kena ingat,bertunang itu adalah proses mengenali hati budi masing-masing sama ada anta sesuai dengannya ataupun tidak,sekiranya anta tidak sekufu..pertunangan itu boleh dibatalkan kerana islam itu indah..meminta agar pertunangan itu dirahsiakan demi menjaga kemaslahatan umatnya..Tetapi anta kena ingat,pertunangan itu bukan bermakna anta pasti berkhawin dengannya wlaupun matlamat anta ingin membina baitulmuslim bersamanya..Kerana bagi ana penentuaan hanya ditentukan oleh Allah dan ianya bukanlah satu jaminan..

Ana berpegang pada ayat al-quran “kun fayakun”-”Jadi maka jadilah”..Kadangkala apa yang anta rancang bukan yang Allah rancang,jadi..banyakkan berdoa dan bergantung pada jawapan Allah..Dan bagi pendapat ana sendiri,salah jika muslimin itu hanya menggunakan kuasa pertunangan sekadar takut muslimah itu diambil muslimin yang lain tanpa ada matlamat dan perancangan yang jelas..kerana muslimah itu bukanlah barang yang boleh dicop-cop sesuka hati..Muslimah itu mempunyai maruah yang perlu anta jaga dan hormat akn dirinya..Andai anta tiada matlamat dan perancangan yang jelas,kuburkan hasrat anta untuk membimbingnya..

Saranan ana,pilihlah muslimah yang dapat menjadi pendokong dalam  pembentukan ummah dan agama anta untuk masa akn dtg..Anta bukan memilih dirinya sekadar ingin melengkapi keperluan harian anta tetapi ingin membimbingnya selaras dengan tuntutan agama..Ingin membina ummah dan memperjuangkan agama bersama-sama..Apabila anta yakin dengannya,nyatakan hasrat anta dengannya serta rancanglah ia dengan sebaik-baiknya mengikut matlamat yang jelas dan syara’ agama..

ingat!Anta hanya merancang,namun Allah yang menentukan..Terimalah apa sahaja kemungkinan yang akn berlaku dimasa akn dtg,kerana ketentuaan Allah adalah yang terbaik untuk setiap umatnya..

*Maaf.. ianya hanya pendapat ana semata-mata,ana sendiri masih kurang ilmu namun niat ana cuba berkongsi  dgn prinsip yang ana pegang untuk antum semua bersama-sama lebih terbuka berkaitan isu ini.. Tegurlah ana sekiranya ana silap dlm pengkosian ilmu..Ana juga muslimah lemah yang perlu dijentik dengan teguran ukhwat2 sekalian..

"Carilah cinta pemilik hatimu,sesungguhnya DIA mengurniakan cinta kpd manusia" 




Labels:

Older Posts ?


Diriku insan biasa:) Disini tempatku terhenti... Tempat mencurah isi hati... Mungkin celoteh diri... Atau mungkin pengkosian ilahi.. Sebagai seorang daie.. Lantas..Akan kukerah kudrat ini hingga ke saki baki..Kerna perjuangan ku masih tinggi..Mendaki! Hanya menggapai redhamu ilahi..CINTA HAKIKI :) ^.^ SALAM UKHWAH :)

Diary About Link Stuff






Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: AfafA.Ahad